Categories
NASIONAL

Surendran didakwa Akta Hasutan untuk halang bela Anwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali percaya tindakan pihak berkuasa mendakwa peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan kes pembantu peribadinya, N Surendran di bawah Akta Hasutan 1948 bertujuan menghalang menjalankan tugas membela Ketua Umum PKR itu. 

“Saudara N Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 pada hakikatnya adalah tindakan UMNO untuk menghalang beliau bertindak sebagai peguam untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran“Langkah ini adalah serangan terhadap pembela keadilan dan proses undang – undang.

“Apabila undang-undang tidak lagi mempunyai roh keadilan, maka undang- undang menjadi alat dan perkakas kepada penguasa rakus dan zalim,” katanya ketika merasmikan Kongres AMK di Wisma Majis Bandaraya Shah Alam, di sini, hari ini.

Katanya,  pendakwaan terhadap Anwar juga adala serangan terhadap institusi demokrasi.

Hal itu berikutan pendakwaan terbabit bukan sahaja dilakukan kepada Anwar sebagai seorang individu tetapi sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan bahagian integral dari sistem demokrasi.

Azmin Kongres PKR“Perjuangan demokrasi perlu bergerak selari dengan perjuangan menegakkan keadilan dan proses undang-undang,” katanya.

Beliau berkata,  AMK tidak boleh bersikap alpa dengan ‘bersikap bodoh’ dan pasif kerana akan menjadikan masyarakatnya tidak dinamis dan tidak mampu berhadapan denga cabaran yang mendatang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.