Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Pesta Tanglung Selangor 13 Sept hargai kepelbagaian budaya

Kerajaan Selangor akan menganjurkan Pesta Tanglung 2014 peringkat negeri pada Sabtu, 13 September bertempat di Chempaka Buddhist Lodge, Taman Sea Petaling Jaya bermula 3 petang sehingga 11 malam.

Pesta Tanglung 2014 anjuran Tourism Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Cempaka Buddhist Lodge ini dijangka dihadiri lebih 7,000 pengunjung tidak termasuk pelancong luar negara.

Pesta Tanglung 01 (1)Penganjuran sambutan Pesta Tanglung ini diadakan setiap tahun bagi menghargai kepelbagaian di negeri ini yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan kaum.

Kerajaan negeri berharap sambutan bagi meraikan dan menghormati kebudayaan kaum tertentu akan menguatkan lagi persefahaman dan toleransi antara antara kaum di negeri ini dan di Malaysia khasnya.

Justeru, kita amat mengalu-alukan kehadiran semua masyarakat berbilang bangsa dan agama bagi meraikan memeriahkan sambutan ini sebagai tanda kita semua menghargai kepelbagaian yang dimiliki di negara ini.

Masjlis sambutan ini akan diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti Tarian Singa dan persembahan Wushu, pertunjukan silap mata, pameran dan perarakan tanglung di samping gerai-gerai cenderahati untuk dikunjungi.

Pihak penganjur juga akan mengedarkan tanglung secara percuma kepada pengunjung terutama kepada kanak-kanak di samping hadiah-hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah.

Sekali lagi, saya mewakili kerajaan negeri menjemput seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa dan agama untuk memeriahkan sambutan ini.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.