Categories
SELANGOR

PKNS: RM100,000 & Mitsubishi Mirage jadi rebutan

SHAH ALAM, 15 SEP: Berita baik buat pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi 2013 yang mengimpikan model kereta Mitsubishi Mirage, mereka kini berpeluang membawa pulang kereta ini tanpa sebarang pembayaran.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, sempena Koleksi Hartanah PKNS 2013 yang diadakan secara besar-besaran pada 23 Februari hingga 31 Disember 2013 perbadanan itu akan menganjurkan Majlis Cabutan Bertuah Mega PKNS 2014 pada 20 September ini di De Palma Hotel, di sini.

pkns-usahawan“Pelbagai hadiah menarik yang kita tawarkan berjumlah lebih RM100,000 kepada pembeli hartanah kita sama ada unit kediaman atau komersil. Hadiah utama adalah Mitsubishi Mirage bernilai RM 60,000, tiga motosikal Honda Future 125CC bernilai RM18,000, wang tunai bernilai lebih RM20,000 serta tiga I Pad 2 bernilai RM1,000 setiap satu untuk dibawa pulang hari ini.

“Syarat layak memasuki cabutan bertuah ialah pembeli telah menjelaskan bayaran pendahuluan tetapi hadiah hanya layak dituntut setelah menjelaskan sepenuhnya harga jualan berdasarkan Perjanjian Jual beli yang di tandatangani,” katanya.

Majlis tahunan itu akan disempurnakan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

Ishak berkata lagi, kira-kira 323 pembeli hartanah PKNS yang layak menyertai cabutan bertuah mega pada tahun ini. Manakala bagi pembeli rumah mampu milik yang dibangunkan PKNS, mereka tidak temasuk di dalam senarai cabutan bertuah.

“Ini kerana segala proses pemilihan dan pembelian rumah mampu milik adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS),”katanya.

Sementara itu, sempena sambutan 50 tahun PKNS, bakal pembeli masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berupa jongkong emas bernilai RM130,000 yang akan ditawarkan pada tahun hadapan.

Mereka hanya perlu membeli projek perumahan, lot kedai atau lot industri yang dimajukan PKNS antaranya di Shah Alam, Kota Puteri , Bernam Jaya, Antara Gapi, Zurah i-Park dan Bandar Sultan Suleiman sepanjang tahun ini.

Sebarang maklumat lanjut sila layari lawan sesawang rasmi PKNS www.pknsproperty.com atau hubungi 1-800 – 88 -7567.

Leave a Reply

Your email address will not be published.