Categories
SELANGOR

MB: Sistem GAC rawat air Projek Langat 2 tingkat kos

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempertikaikan cadangan penggunaan teknologi spesifikasi sistem proses melibatkan dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) untuk Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2.

Hal ini kerana, sistem proses GAC ini hanya sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas empat iaitu pengkelasan air terburuk.

sungai pahangKeadaan ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada air mentah disalurkan dari Pahang itu tercemar atau tidak.

“Kalau itu yang berlaku mengapa Kerajaan Persekutuan memilih sumber air berkenaan ke Negeri Selangor?

“Kalau tidak mengapa kerajaan persekutuan menggunakan spesifikasi begitu tinggi menyebabkan bukan sahaja kos pembangunan untuk memenuhi kriteria teknologi itu tetapi melibatkan kos operasi tinggi dan kos penyelenggaraan juga tinggi.

“Kos tinggi ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk tarif kepada pengguna di Selangor,” katanya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

Dalam Fasa Dua pembinaan projek Langat 2 ini, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menegaskan supaya Kerajaan Selangor terlibat dan diberikan peranan eksekutif dalam jawatankuasa bersama.

Ia bagi membuat keputusan berkenaan pelaksanaan projek termasuk dalam urusan melantik kontraktor.

“Kerajaan Pusat disarankan memastikan setiap kontraktor terlibat projek pembangunan loji rawatan air Langat 2 hendaklah dilantik melalui sistem tender terbuka yang telus bagi memastikan kontraktor dilantik kelak mahir dan berpengetahuan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, dalam fasa satu, Kerajaan Persekutuan tidakmembincangkan spesifikasi teknikal Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dengan Kerajaan Selangor.

Ia sebaliknya hanya mengemukakan permohonan membuat pengambilan balik tanah milik individu yang terletak di Selangor khususnya di Hulu Langat dan permohonan untuk mendapatkan Kebenaran Merancang.

“Setelah kontraktor dilantik Kerajaan Persekutuan, barulah Kerajaan Selangor mendapat peluang meneliti spesifikasi teknikal Loji Rawatan Air Langat 2 untuk fasa pertama.

“Kerajaan Selangor berpandangan beberapa spesifikasi dibuat untuk projek ini adalah berlebihan. Ini tentu melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi,” jelasnya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.