Categories
SELANGOR

BN Selangor hantar misi kemanusiaan bantu mangsa banjir

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 DIS: Satu misi kemanusiaan dilancarkan Barisan Nasional (BN) Selangor bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang teruk terjejas di beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, misi kemanusiaan yang digerakkan kira-kira lebih seminggu lalu itu turut disertai Adun BN Selangor.

banjir“Banjir ini takdir dan kita bersimpati dengan mangsa. Kita berdoa semoga banjir tidak berpanjangan dan mereka yang terlibat dapat perlindungan dengan selamat.

“Bantuan BN Selangor dah ada di sana bersama Umno Malaysia dan juga perhubungan Umno negeri. Adun kita, Datuk Rosni Sohar juga dah ada di sana dekat dua minggu menguruskan bantuan untuk mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara bantuan yang dihulurkan termasuk barangan keperluan asas seperti makanan, membantu pasukan keselamatan menguruskan tempat perlindungan sementara, selimut dan lain-lain.

Samsuddin Lias Sungai burongShamsudin turut menasihatkan penduduk yang mendiami kawasan berisiko dilanda banjir lebih berwaspada dan bersedia mematuhi arahan untuk berpindah seperti arahan Majlis Keselamatan Negara disebabkan keadaan hujan lebat yang masih turun di negeri terlibat.

Terdahulu, banjir dilaporkan semakin buruk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Perak dengan mencatatkan angka mangsa yang terpaksa berpindah terus meningkat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.