Categories
NASIONAL

MB: PR tidak tergugat isu hukum hudud

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 25 DIS: Pakatan Rakyat (PR) tidak akan tergugat dengan isu hukum hudud yang dikaitkan dengan PAS termasuk saranan DAP supaya kerjasama bersama parti itu dibatalkan.

Dato’ Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, PR akan kekal bersama serta mengadakan perbincangan di kalangan tiga parti berkenaan supaya segala kekeliruan dapat diatasi.

krismasmb 6Katanya, pandangan PR berhubung hukum hudud adalah jelas iaitu bukan dasar ketiga-tiga parti dan bukan kenyataan rasmi gabungan itu jika pandangan berbeza diberikan pemimpin lain baik daripada PKR, DAP atau PAS.

“Cukuplah. Itu pandangan peribadi. Keputusan, pandangan Pakatan Rakyat itu jelas ok,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Krimas yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas cadangan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo, supaya PR membatalkan kerjasama dengan PAS ekoran usaha parti itu mahu melaksanakan hukum hudud.

Sebelum ini, PR dalam kenyataan menjelaskan akan mengadakan pertemuan dan perbincangan lanjut antara PKR, DAP dan PAS pada Januari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.