Categories
NASIONAL

Pimpinan PKR kurang jelas alasan Roland Chia letak jawatan

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 19 DIS: Kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kurang jelas dengan alasan ADUN Inanam (PKR), Dr Roland Chia berhubung keputusannya ingin meletakkan jawatan, baru-baru ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama Dr Chia dalam masa terdekat bagi mengetahui punca sebenar berhubung perkara itu.

chiaKatanya, Dr Chia wajar berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Dia tak letak jawatan. Tetapi saya diberitahu keadaan kesihatan beliau kurang baik. Saya akan bertemu beliau dalam masa terdekat,” katanya kepada selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bulanan bersama penjawat awam Majlis Daerah Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Kelmarin, Dr Chia mengejutkan PKR selepas menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di laman sosial Facebook dan Twitter atas alasan masalah kesihatan.

“Beliau hanya sebut kurang sihat dan tidak dapat beri khidmat sebaiknya, maka beliau bercadang meletakkan jawatan.

azmin ekonomi“Saya berkomunikasi dengan beliau supaya dapat adakan perbincangan dan ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

Dr Chia memenangi kerusi Inanam buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei 2013 dengan majoriti 3,202 dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau meraih 8,926 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dari Parti Bersatu Sabah mendapat 5,724 dan Eric Majimbun mewakili Parti Progresif Sabah menerima 5,003 undi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.