Categories
SELANGOR

APA KES? Masalah banjir Kampung Sungai Salak akan dibawa ke peringkat Exco

Oleh: AFEEQA AFEERA

GOMBAK, 14 JAN: Masalah banjir lumpur yang melanda penduduk Kampung Sungai Salak di Batu 10, di sini, lebih sepuluh tahun lalu akan dipanjangkan ke peringkat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk tindakan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata, pihaknya sedang giat mencari penyelesaian terhadap masalah berkenaan memandangkan terdapat kesulitan bagi membina sistem perparitan di sepanjang jalan kawasan itu.

Katanya, hal itu berikutan kedudukan status tanah yang didiami penduduk adalah persendirian dan perlu mendapat kebenaran daripada pemilik sebelum sebarang kerja infrastruktur boleh dilaksanakan.

sungai salak 2“Kita kena memahami kedudukan status tanah yang mereka duduki itu tanah persendirian atas satu geran yang besar, maka bila keadaan terbabit berlaku sudah tentu ada sedikit kesulitan di peringkat Kerajaan Negeri untuk melakukan kerja infrastruktur yang membolehkan masalah banjir diatasi.

“Namun, kita sedang mencari jalan di peringkat DUN untuk melihat ruang yang ada bagi membolehkan permintaan mereka untuk membina longkang dapat dilaksanakan menggunakan peruntukan yang ada,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan hasrat penduduk supaya Kerajaan Negeri menyelenggara jalan raya yang tidak sempurna di kawasan kampung berkenaan, Hasbullah berkata, beberapa kajian perlu diteliti sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Beliau berkata, disebabkan kebanyakan tanah di dalam kawasan itu adalah milik persendirian, maka Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan status jalan berkenaan bagi membolehkan ia diselenggara sepenuhnya.

“Kalau tanah atau jalan itu milik persendirian, maka ia bukan di bawah Kerajaan Negeri jika mengikut spesifikasi yang betul.

“Kita mahu selesaikan status jalan persendirian dahulu untuk membolehkan ia diselenggara Kerajaan Negeri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.