Categories
KENYATAAN MEDIA

Pemuda PAS akan jumpa penganjur konsert K-Pop

Oleh: HAKIM MOHD NOR

Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum kemarahan dan sensitiviti masyarakat
berhubung isu artis Korean Pop (K-Pop) yang memeluk serta mengucup wanita tempatan
sebagaimana yang telah ‘viral’ di laman-laman sosial semalam.
Sungguhpun tindakan tersebut merupakan perlakuan yang bertentangan dengan budaya
majoriti rakyat di negara ini, Pemuda PAS telah mengambil pendirian untuk berjumpa dan
mendengar sendiri penjelasan serta tindakan-tindakan yang telah diambil pihak penganjur sebelum dan selepas insiden tersebut berlaku.
Atas maksud tersebut, Pemuda PAS Malaysia telah berhubung terus dengan pihak Acer
sekitar jam 10 pagi tadi. Pihak Acer telah memaklumkan bahawa mereka akan
menghubungi kembali pihak Pemuda PAS samada perjumpaan boleh diadakan pada hari
Selasa (13 Januari) atau Rabu (14 Januari).

Justeru ketika ini Pemuda PAS Malaysia akan menunggu maklum balas daripada pihak Acer berhubung penetapan tarikh pertemuan samada boleh berlangsung pada hari esok
mahupun lusa. Besar harapan di peringkat Pemuda agar pertemuan ini mampu
dimanfaatkan kedua-dua pihak untuk berbincang dan berkongsi kegelisahan seluruh
rakyat di negara ini.

# Hakim Mohd Nor adalah Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja Exco Pemuda PAS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.