Categories
SELANGOR

PKNS: 3 kakitangan dipecat kembali berkhidmat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 JAN: Tiga daripada 19 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang dipecat pada Februari 2014 mengemukakan permohonan dan kembali berkhidmat di perbadanan dan anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, pihaknya juga masih dalam proses penelitian baki baki 16 kakitangan lain dan dalam proses menemuduga empat daripada mereka.

Hal itu berikutan susulan keputusan Mesyuarat Ahli Perbadanan dipengerusikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berhubung perkara berkenaan.

LOGO-PKNS

“Langkah terbabit diambil berdasarkan kelayakan dan bersesuaian dengan keperluan kedua-dua pihak.

“PKNS juga dalam proses menemuduga empat lagi bekas kakitangan PHSB bagi mengisi kekosongan di anak syarikat PKNS mengikut keperluan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ishak hashimIshak berkata, pengurusan PKNS juga sedang meneliti cadangan untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah bagi baki 12 kakitangan yang lain.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata, beliau akan memastikan kakitangan anak syarikat PKNS terbabit mendapat keadilan sewajarnya.

Katanya, perkara itu sudah dipanjangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS supaya proses pemecatan semua kakitangan PHSB itu diteliti semula.

“Pengurusan PKNS perlu melihat semula proses pemecatan yang dibuat ketika itu dan saya sendiri menjadi mangsanya.

“Jika pemecatan itu ada ada unsur tidak adil, maka saya minta keadilan diberikan kepada mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.