Categories
SELANGOR

SOP banjir disambut baik, harap kurangkan risiko banjir

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JAN: Langkah Kerajaan Negeri mengkaji semula prosedur operasi tetap (SOP) bagi menangani banjir disambut baik masyarakat di Selangor.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Radhuan Ahmad berkata, SOP yang akan dikemaskini itu diharap dapat mengurangkan risiko banjir dan melicinkan bantuan pasca banjir.

“Alhamdullilah, Dato’ Menteri Besar kita peka dan dengan adanya SOP yang dikemaskini, saya harap tak ada lagi yang menuding jari satu sama lain bila banjir berlaku.

banjir dengkil 01a“Salah menyalah tak selesaikan masalah tetapi adanya SOP yang teratur boleh kurangkan banjir serta melicinkan lagi bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

Ketua Kampung Sungai Kantan, Kajang, Khalid Ridhuan pula berkata, selain langkah mengurangkan risiko banjir, SOP itu juga diharap turut memfokuskan mekanisme dan kebajikan pasukan yang terlibat dengan bantuan.

“Kita dapat dengar banyak laporan bantuan tak dapat disampaikan walaupun pelbagai bentuk sumbangan diberikan orang ramai.

banjir dengkil 03“Bantuan pasukan bantuan termasuk NGO gagal ke tempat sasaran disebabkan kekurangan bot, jentera bersesuaian dan masalah lain.

“Harap SOP ini akan ada mekanisme tertentu untuk mengatasi isu ini dengan segera,” katanya.

Sementara itu, salah seorang bekas mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Rahman Embong menyambut baik idea yang dicetuskan Dato’ Menteri Besar, Mohammed Azmin Ali.

“Walaupun banjir di sini tak seteruk dulu tetapi dengan adanya SOP yang terancang, saya percaya keadaan bertambah baik,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.