Categories
SELANGOR

3 muka baru angkat sumpah MBPJ, 9 kekal

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 17 FEB: Seramai 12 orang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah sebagai ahli majlis bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Pelantikan itu bertujuan untuk mengisi kekosongan kerusi ahli majlis bagi penggal 2014/2015.

_DSC9957Daripada jumlah itu, seramai tiga muka baru dilantik sebagai ahli majlis adalah R A Sugumaran, Chong Fook Meng dan Wong Yuet Leng.

Sementara itu, sembilan ahli majlis yang dilantik semula adalah Tang Fuie Koh, Ahmad Akhir Pawan Chik, Raja Fairuz Raja Mazlan, Mahharul Ismail, Ong Swee Long, G Suriase, Shatiri Mansor, Cynthia Manonmani dan Halimey Abu Bakar.

Pemangku Datuk Bandarnya, Puasa Md Taib berkata, ahli majlis yang dilantik itu akan menggalas tanggungjawab sebagai penggubal dasar majlis selari dengan Kerajaan Negeri, di samping menggerakkan masyarakat untuk membabitkan diri secara langsung dalam program dianjurkan dan perantara antara MBPJ serta penduduk.

Puasa“Semua ahli majlis yang dilantik adalah gabungan muka baru dan lama yang memiliki latar belakang berbeza antaranya kejuteraan, ahli perniagaan, ahli politik serta politik,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas khidmat semua ahli majlis yang ditamatkan khidmat mereka.

Puasa berkata, komposisi ahli majlis daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman itu diharap dapat memberi komitmen  padu di dalam merealisasikan segala perancangan serta program MBPJ.

“Ahli majlis juga perlu menjalin hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum bagi membantu Petaling Jaya mencapai sasaran MBPJ,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.