Categories
NASIONAL

300 penyokong hadir solidariti Anwar depan Penjara Sungai Buloh

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 FEB: Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai tanda solidariti, di sini, malam tadi.

Peserta perhimpunan itu menyalakan lilin, membawa kain rentang dan mengedarkan poskad untuk menulis mesej serta kata semangat buat Anwar.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengingatkan peserta untuk hadir setiap malam menyalakan lilin sebagai tanda setia kawan terhadap Ketua Umum PKR itu.

solidariti“Kita yakin ada pegawai penjara yang menyebelahi dan menyampaikan maklumat kepada Anwar di dalam.

“Ini penting untuk memberi semangat kepada Anwar bahawa rakyat setia bersamanya,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong.

Turut hadir, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyeru semua memainkan peranan melawan kezaliman rejim Umno-BN.

“Ini adalah pengorbanan kecil kerana kita masih boleh pulang untuk bersama keluarga tetapi Anwar tidak ada peluang itu,” katanya.

solidaritiqNik Nazmi turut berharap lebih ramai menyertai himpunan solidariti selepas ini.

Perhimpunan itu bermula jam 9 malam dan berlangsung dua jam dalam keadaan aman serta terkawal.

Terdapat pengawal penjara berkawal di hadapan pintu masuk lengkap dengan perisai dan cota selain beberapa anggota polis yang memantau.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.