Categories
NASIONAL

Anak ke-4 Anwar tampil berjuang demi pembebasan

SHAH ALAM 15 FEB: Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tampil seorang demi seorang bagi mendesak pembebasan bapanya.

Memetik laporan Malaysiakini, selepas Nurul Nuha, anak keempat Anwar, Nurul Ilham, hari ini tampil memberikan ucapan ringkas dalam sebuah majlis pelancaran buku anjuran DAP.

6f3a5d4e4e33392e239d8f05db0fffadIlham pada mulanya diperkenal oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai Nurul Nuha, kakaknya, yang terlibat dalam kempen “Berarak Demi Kebebasan”.

“Sebenarnya nama saya Nurul Ilham.

“Saya anak keempat daripada enam adik beradik,” katanya.

Ilham mengambil kesempatan mempromosikan poskad acara itu kepada peserta yang hadir.

Dalam acara itu, orang ramai turut digalakkan menandatangani poskad untuk dihantar kepada Anwar sebagai tanda sokongan.

Ilham hadir dalam pelancaran buku berjudul Tragic Orphans (atas) tulisan bekas diplomat Australia di Malaysia Carl Vadivella Belle yang mengisahkan berhubung perit jerih kehidupan masyarakat India negara ini.

“Bila ayah saya dimasukkan ke penjara, cucunya berumur hampir sama dengan kami (anak-anaknya) ketika dia (Anwar) pertama kali dipenjara pada 1999,” kata Ilham.

10888389_550597221710225_1389700265969055068_n
Nurul Hana di hadapan Penjara Sungai Buloh

Tiga hari lepas media penyiaran antarabangsa terkejut dengan kemunculan Nurul Nuha anak gadis kepada Datok Seri Anwar dalam sidang media March OF Freedom.

Malam semalam di hadapan Penjara Sungai Buloh mucul pula Nurul Hana anak bongsu Anwar di khalayak ramai dengan kepetahannya berceramah sehingga memukau hadirin serta pimpinan PKR dan DAP.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.