Categories
SELANGOR

EKSKLUSIF: Kualiti turapan jalan teruk, PBT jangan lepas batuk di tangga

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 FEB: Pemantauan ketat dan berterusan perlu dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin kualiti jalan raya yang diturap supaya masalah kerosakan sama tidak berulang dan mengundang bahaya kepada pengguna.

Terdapat beberapa aduan daripada pengguna berkenaan kualiti jalan raya yang diturap PBT sekadar melepaskan batuk di tangga dan kembali rosak tidak sampai beberapa bulan diturap.

mohd tajol izzuddin 24 batu 3Pekerja swasta, Mohd Tajol Izzuddin, 24, berkata PBT tidak boleh berkompromi dengan kontraktor yang gagal menepati spesifikasi untuk kerja penurapan jalan raya seperti ditetapkan.

“Dengan cara ini, saya percaya risiko jalan kembali rosak dalam masa singkat itu dapat dikurangkan, bahkan ‘value’ for money’ juga dapat diwujudkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Namun, penduduk Shah Alam, Nordin Hamsi, 40, pula berpandangan keadaan jalan rosak juga disumbang oleh faktor lain seperti alam sekitar dan fizikal kawasan berkenaan.

“Contohnya apabila hujan berterusan, jalan juga cepat rosak ditambah dengan kenderaan berat yang melalui kawasan terbabit seperti lori,” katanya.

akok seng 52 setia alamSementara itu, peniaga, Akok Seng, 52, pula berkata, PBT perlu peka dengan kawasan seliaan dan menyifatkan beberapa jalan utama yang rosak perlu dibaiki dan diturap segera seperti sekitar kawasan perumahannya di Setia Alam ke Bukit Raja.

“Saya harap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya kerana jalan ini sudah lama tidak diturap. Bilangan pengguna di jalan ini ramai,” katanya.

Sebelum ini, tinjauan Selangor Kini mendapati terdapat jalan yang diturap kembali rosak dalam masa singkat seakan kerja dilakukan PBT itu hanya melepas batuk di tangga dan menutup ketidakselesaan rakyat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.