Categories
SELANGOR

Exco: “RM jatuh, ini masa melancong dalam negara”

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR, 15 FEB: kejatuhan nilai ringgit bukan waktu tepat untuk melancong ke luar negara sebaliknya warga tempatan diseru melancong dalam negara bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong menjemput warga tempatan menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan mereka.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (9)Ini kerana, Selangor memiliki pelbagai lokasi pelancongan unik dan berbaloi untuk dikunjungi dengan penganjuran pelbagai acara utama yang dimuatkan dalam Tahun Melawat Selangor 2015.

“Nilai ringgit yang jatuh tidak sesuai untuk warga tempatan keluar negara untuk melancong , jadi kita galakan untuk melancong di dalam negeri khususnya di Selangor.

“Meliputi pelancongan eko, sukan dan warisan, Selangor menganjurkan 27 acara utama dalam kalender pelancongan negeri,” katanya.

Elizabeth berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 Peringkat Daerah Kuala Selangor, di Padang Pekan Lama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pengurus Besar Tourism Selangor Noorul Ashikin Mohd Din.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.