Categories
NASIONAL

Fitnah 2: Perhimpunan solidariti setiap hari luar Penjara Sungai Buloh

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 10 FEB: PKR akan memfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Fitnah 2 yang mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR juga menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan solidariti di luar penjara Sungai Buloh setiap hari, bermula malam esok.

Katanya, PKR mengecam keputusan terbabit dan menganggap ia adalah konspirasi politik bertujuan melemahkan kebangkitan rakyat.

Keputusan DSAI di Mahkamah persekutuan Putrajaya (9)“Dapatan mahkamah bahawa Saiful Bukhari adalah saksi berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan semua bukti yang dibentang dan dihujahi pihak pembelaan.

“Kita juga menganggap keputusan itu memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, di sini.

Hadir sama Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Wan Azizah juga mengarahkan setiap cabang seluruh negara mengadakan solat hajat setiap malam Jumaat.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)“Pemenjaraan ini tidak akan melemahkan parti, bahkan kita akan memperkukuhkan kepimpinan dan jentera,” katanya.

Dalam sidang media selama 11 minit itu juga, Wan Azizah berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi membincangkan pengganti Ketua Pembangkang yang baru.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan calon Ahli Parlimen Permatang Pauh beliau berkata perkara itu masih belum diputuskan.

“Terlalu awal untuk diputuskan. Kita akan bincangkan tidak lama lagi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.