Categories
NASIONAL

Hudud patut jadi isu undang-undang bukan dipolitikkan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 FEB: Pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan jenayah hudud yang ingin dilaksanakan PAS kini lebih menjurus ke arah politik berbanding isu substantif yang perlu dibincangkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pelaksanaan hukum itu perlu dilaksanakan secara demokrasi dan tidak bercanggah dengan undang-undang.

mole-Pas-Hudud-3“Apa sahaja yang kita rasa, sejauh mana kita berbeza pandangan, soalnya adakah ia dibuat secara demokratik?

“Bagi saya, ini adalah satu proses selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan sekurang-kurangnya kita melihat proses demokrasi, PAS melihat permasalahan undang-undang akta Mahkamah Syariah itu sebagai penghalang bukan soal nak buat atau tak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata demikian pada Forum Masyarakat Majmuk dan Demokrasi Malaysia, di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata sejak tahun 1992, Kelantan membentangkan Enakmen Undang-undang Hudud yang kemudiannya dibahas dan diluluskan.

IMG_6234Bagaimanapun, katanya, masalah undang-undang di peringkat persekutuan yang menjadi halangan utama kepada pelaksanaan hukum berkenaan.

“Akta Mahkamah syariah menyatakan sesuatu hukuman tidak boleh lebih daripada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

“Atas alasan itu hudud tidak dapat dilaksanakan tetapi kerajaan PAS sangat sabar dan ambil langkah untuk buat secara pendidikan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.