Categories
NASIONAL

Menteri bila nak semak harga barang?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terus didesak memantau harga barangan di pasaran yang masih tinggi walaupun penurunan harga petrol sudah berkuatkuasa, awal Februari lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, terdapat dua kuasa pada menteri bertanggungjawab yang boleh membantu menurunkan harga barang, antaranya menetapkan harga bagi barangan utama yang dikawal kerajaan seperti minyak, makanan utama dan sebagainya.

barang naik copy1Selain itu, katanya, tindakan keras perlu dikenakan terhadap peniaga yang melanggar undang-undang penetapan harga barangan sehingga membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Penyokong tegar Umno bersuara mendesak saya berkempen? turunkan harga barang? sedangkan kuasa itu ada dalam tangan menteri.

“Tugas utama Datuk Hasan Malek adalah kawal dan pantau harga, bukan rasmikan ‘hypermarket’ je kerjanya,” katanya di laman sosial Facebook.

Rafizi secara sinis turut mempersoalkan tindakan Hasan dalam urusan pengawalan harga barangan yang masih belum menunjukkan tanda penurunan sehingga hari ini.

rafizi“Saya pernah berdebat dengan beliau di Parlimen berkenaan harga gula, ayam dan barangan lain.

“Yang gula pun dia tak boleh jawab, yang ayam pun dia tidak boleh kawal. Menteri cap apa macam ini?” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.