Categories
SELANGOR

MPK: Kempen bersih atasi wabak denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan kempen kebersihan DUN bagi mewujudkan persekitaran bersih di kawasan pentadbiran selain mengawal dan membanteras wabak denggi.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob, berkata kempen terbabit bermula sejak Januari lalu dan disertai pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan kerjasama semua 11 pejabat DUN dan masyarakat setempat.

mpk03“Kempen dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk setempat khususnya berkenaan isu kebersihan terutama dalam menangani dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk mengawal wabak denggi yang agak membimbangkan kini.

“Selain itu, kempen diadakan secara tidak langsung dapat mengindahkan dan mewujudkan persekitaran bersih dan ceria,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, MPK sememangnya komited dengan saranan Kerajaan Negeri melalui pelbagai jabatan yang sentiasa bersedia dalam kempen dilihat mampu menjadi asas dalam mewujudkan kesedaran komuniti demi menjaga persekitaran masing-masing.

“Kempen diadakan sebelum ini menerima sambutan menggalakkan masyarakat setempat dan MPK sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti gotong royong dilakukan penduduk dalam mewujudkan persekitaran sejahtera,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.