Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

ANALISIS: Kepedulian rakyat atasi perbezaan politik

Oleh Mohd Ezli Mashut

Pertemuan dua hala kerajaan berbeza ideologi politik antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) 3 Mac lalu membuka lembaran baru politik tanah air.

Langkah Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu menunjukkan politik matang yang mesti dicontohi kerana mementingkan agenda kepedulian rakyat, mengatasi perbezaan politik.

Sebelum ini lagi, Kerajaan Selangor mengetepi perbezaan politik apabila menghantar bantuan ke negeri tadbiran BN yang dilanda banjir besar – Pa-hang, Perak dan Terengganu.

MB di Sarawak Pertemuan dua hala kerajaan bn dan pkrPertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Ade-nan Satem itu sekaligus membayangkan iltizam kerjasama lebih kukuh bagi merancak pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat.

Bukan sekadar meraih mo-ral politik tetapi ia memastikan keperluan rakyat diangkat melalui konsep menang-menang di kedua-dua negeri.
Mohamed Azmin membantu memenuhi keperluan penduduk Sarawak yang menetap dan bekerja di Selangor. Ade-nan Satem pula mahu memberhenti pembalakan haram di Bumi Kenyalang dan menjiwai dasar pro-rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR melihat banyak pe-ranan mampu dimainkan Adun dari PKR Sarawak untuk membantu mendokong hasrat itu.

Ia penting kerana prestasi pelaburan kedua-dua negeri itu antara tertinggi di Malaysia. Dan harus diperkukuh melalui peningkatan hubungan ekonomi antara kedua-dua negeri berkenaan.

pandiDSC_0017

Sarawak kaya dengan sumber alam dan keluasan tanahnya, memberi ruang kepada pelabur dari Selangor meneroka ruang baru.
Inilah masanya Pusat Pela-buran Selangor memainkan peranan proaktif.

Justeru, gabungan kepakar-an kedua-dua negeri itu – jika dimanfaat sepenuhnya mampu menyemarak kemakmuran ekonomi sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan.

Di Parlimen pula, Mohamed Azmin membuat kunjungan hormat ke atas Tan Sri Pandikar Amin selaku Speaker Dewan Rakyat ketika ‘puntung’ politik masih bernyala.

Meskipun singkat, perbincangan itu membantu memperkukuh prinsip demokrasi yang selama ini, pincang tanpa ada ‘gotong-royong’ membaikinya.

Langkah sudah dimulakan.

Seharusnya lebih banyak kematangan berlangsung demi kesenangan  rakyat, bukan lagi bertengkar, bertekak isu politik yang tidak pernah surut, tidak akan ada habisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.