Categories
SELANGOR

MB: Selangor, Persekutuan kekal kerjasama isu pengangkutan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 MAC: Perbincangan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan berhubung isu pembangunan pengangkutan di negeri itu akan diteruskan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan antara beliau dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah satu permulaan yang baik.

“Saya bagi pihak Kerajaan Selangor mangalu-alukan Menteri Kerja Raya bersama setiausaha kementerian dan semua ketua jabatan membincangkan secara keseluruhan rancangan pembangunan pengangkutan.

Kunjungan hormat menteri kerja raya haji Fadillah haji Yusof MB (3)“Saya amat berbesar hati Kementerian Kerja Raya beri jaminan untuk terus mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri selaras dengan Seksyen 20(A) Akta Perancang Bandar dan Desa.

“Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Persekutuan untuk projek pembangunan dan kita akan teruskan sebagai amalan sebelum ada keputusan dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Pejabat Menteri Besar selangor, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat menteri kerja raya haji Fadillah haji Yusof MB (1)Sementara itu, Fadillah dalam sidang media sama berkata, perbincangan dua hala mampu memberi keputusan terbaik untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.

“Saya akan bawa balik ke mesyuarat kabinet berhubung beberapa perkara yang mereka pohon. Ada beberapa perkara, tapi bila dah putuskan baru kita umumkan,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan  pengangkutan yang efisyen sangat penting kerana mampu memberi impak sosial dan ekonomi positif.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.