Categories
NASIONAL

Rafizi: Henti segera 1MDB, elak banyak dana rakyat keluar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MAC : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dihentikan serta merta bagi mengelakkan pengeluaran lebih tinggi dana rakyat.

Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli berkata, tindakan meneruskan 1MDB mengakibatkan kreditor (pihak luar) akan menentukan harta negara yang boleh diambilalih ekoran kegagalan kerajaan membayar balik hutang RM40 bilion.

1MDB“Jika tak mampu bayar, kreditor akan masuk meletakkan syarat untuk mengambil alih harta. Ini mekanisme masalah kewangan negara bila tidak mampu bayar hutang sama ada faedah atau pokok.

“Apabila orang luar menentukan dasar dan ditekankan dengan masalah kewangan sedia ada, sudah tentu negara boleh bankrap.

“Ia terpaksa mengambil tindakan merugikan rakyat jika tidak dijaga dengan baik,” katanya pada wacana Sinar Harian dengan isu ‘Apa disebalik 1MDB’.

Rafizi1-179x300Rafizi berkata, kerajaan mungkin akan menggunakan dua cara pembayaran ketika ini antaranya mengambil aset sebelum ini iaitu dua tanah di Sungai Besi dan Bandar Tun Razak.

“Kedua-dua ini dilelong kepada beberapa syarikat untuk mendapatkan wang bagi membayar balik hutang itu.

“Kedua, kerajaan akan mengambil dana rakyat kerana mereka yang jamin dan ini bermaksud perbelanjaan rakyat akan dipotong termasuk Cukai akan ditambah dan kemudahan tidak dibina, bahkan ini yang sedang dilakukan kerajaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.