Categories
SELANGOR

5 gerai haram diarah berhenti niaga

KLANG, 23 APR: Lima buah gerai yang beroperasi tanpa lesen sekitar kawasan perindustrian Bandar Sultan Suleiman, dekat sini, menerima notis pemberhentian perniagaan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ketua Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, notis 14 hari itu perlu dipatuhi peniaga atau bakal dikenakan tindakan tegas termasuk sitaan.

gerai haram 1Katanya, ia berikutan perniagaan yang dijalankan menimbulkan pelbagai masalah membabitkan aspek kebersihan selain menjejas imej kilang kawasan berhampiran.

“MPK juga akan mengadakan perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) kerana kedudukan gerai peniaga terlibat berada di atas rizab jalan. Sebarang operasi termasuk kerja perobohan perlu melalui agensi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, peniaga didapati masih berdegil dan meneruskan operasi walaupun MPK sudah menyediakan tapak hingga menyebabkan masalah berkenaan berulang.

gerai haram 3Katanya, MPK akan terus giat membersihkan daerah Klang daripada aktiviti menyalahi peraturan di bawah kerajaan tempatan terutama membabitkan peniaga haram dan warga asing.

“MPK tidak menghalang peniaga tempatan untuk berniaga tetapi perlu memiliki lesen yang sah, manakala warga asing tidak layak memohon sebarang lesen perniagaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.