Categories
NASIONAL

Azmin: Hubungan Pakatan Rakyat masih ok

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 28 APR: Hubungan tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) masih kukuh di sebalik isu dalaman dan salah faham yang timbul sejak kebelakangan ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, PR mampu menyelesaikan masalah berbangkit dan tetap teguh bekerja sebagai satu pasukan.

PAKATAN RAKYAT“Hubungan antara parti masih ok, biasalah adakala mesti berlaku salah faham. Suami isteri pun ada bergaduh tetapi itu bukan isu.

“Asal ada hormat dan percaya polisi yang sama, saya yakin PR ada masa depan untuk senario politik negara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, semalam.

Mengulas saranan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib supaya PAS keluar PR jika tidak lagi menerima mereka dalam gabungan pembangkang itu, Mohamed Azmin berkata, ia berada di luar bidang kuasanya.

Katanya, hanya parti Islam itu yang berhak menentukan sama ada mahu kekal berjuang bersama PR atau bergerak sendiri.

“Itu PAS yang kena tentukan kerana bukan posisi saya untuk menentukan keahlian PAS dalam PR.

“Saya rasa, selagi semua ahli dan parti komponen PR menegakkan perjanjian sebelum ini dan bergerak atas polisi yang sama, kita perlu pandang ke depan.

“Sama ada mereka mahu kekal atau keluar, itu bukan keputusan saya tetapi perlu ditetapkan PAS sendiri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.