Categories
NASIONAL

ABIM: Serangan terkini IS burukkan geo-politik Timur Tengah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 APR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam serangan terkini IS ke atas Kem Pelarian Palestin di Yarmouk, Syria.

Seramai 2,000 orang dipindahkan dari kem terbabit yang didiami seramai 18,000 orang pelarian Palestin.

bumi palestinNaib Presiden Abim, Mohamad Raimi Rahim berkata, serangan IS ke atas pelarian Palestin seharusnya menjadi ‘wake up call’ kepada generasi muda untuk tidak terjebak ke dalam kelompok ekstremisme seperti IS.

“ABIM menilai peristiwa ini hanya memburukkan situasi geo-politik di Timur Tengah yang dibayangi pelbagai kemelut pasca-Arab Spring.

“Kami menyeru seluruh warga Malaysia yang prihatin supaya dapat menyalurkan sokongan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Syria serta Palestin (di Syria) yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media.

raimi abimSegala bentuk sokongan itu boleh disalurkan menerusi jaringan badan bukan kerajaan kemanusiaan Syria seperti Gabungan Selamatkan Syria.

Selain itu, kerjasama daripada warga serta organisasi media untuk mengetengahkan siri kekejaman terbaru IS itu selari dengan pendirian tegas rakyat serta kerajaan Malaysia yang menolak IS.

-NFN

Leave a Reply

Your email address will not be published.