Categories
SELANGOR

Pembangunan Taman Templer patuhi garis panduan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SELAYANG, 10 APR: Semua pembangunan yang dijalankan di Taman Templer termasuk di kawasan tanah tinggi mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berdasarkan Rancangan Tempatan (RT) yang diwartakan.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Juhari Ahmad berkata, setiap pembangunan yang dijalankan di kawasan itu dipastikan mematuhi zon di bawah RT pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Katanya, sehingga kini terdapat tiga projek yang sedang dijalankan di kawasan itu.

image_gallery“Sebarang projek terutama membabitkan kawasan tanah tinggi perlu dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar yang dipengerusikan Pengarah Perancang Bandar Negeri Selangor sebelum diluluskan.

“Semua garis panduan (sebelum pembinaan) mengambil kira pematuhan teknikal dan sebagainya,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas mengenai pembangunan di Kelab Golf Perangsang Templer yang mendapat bantahan penduduk sebelum ini, Juhari berkata, projek itu akan tetap diteruskan kerana mematuhi prosedur yang ditetapkan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.

“Ya, kita akan teruskan walaupun mendapat bantahan kerana tiada sebarang masalah dengan projek itu.

“Bila-bila masa sahaja ia akan dibangunkan oleh syarikat SP Setia kerana kelulusan sudah diberikan kepada mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.