Categories
NASIONAL

Umat Islam mampu jadi model bukan Islam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 APR: Undang-undang Islam mempunyai roh yang memberi banyak kesan positif selepas dilaksanakan, kata Prseiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, hudud dilihat mampu menjadikan masyarakat Islam sebagai model kepada bukan Islam yang akhirnya dapat menerima undang-undang digariskan.

“Ia mampu mengurangkan perbuatan jenayah dalam kalangan masyarakat Islam, sekali gus menjadikan mereka model kepada bukan Islam.

mole-Pas-Hudud-3“Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman tidak boleh sewenang-wenangnya dijalankan kerana bergantung kepada beberapa keadaan yang ditetapkan,” katanya dalam program Bicara Minda bertajuk Hudud Dari Kaca Mata Hadi di Auditorium Karangkraf, di sini, semalam.

Beliau berkata, contohnya kecurian dalam kalangan ahli keluarga dan harta kerajaan tidak boleh dikenakan hukuman hudud tetapi dikenakan takzir atau denda.

“Kalau suami curi barang isteri, adik curi barang abang, ayah curi barang anak. Bukan bermakna dia dibebaskan tetapi turun kepada takzir.

hadi“Merotan juga ada peraturan seperti tidak boleh angkat rotan melebihi had yang ditetapkan bukan seperti hukuman sekarang kerana menyebabkan pesalah terpaksa dihantar ke hospital walaupun hanya disebat beberapa kali,” katanya.

Katanya, pesalah di sisi hukum Islam juga berpeluang mendapat pengampunan daripada mangsa atau keluarga mangsa.

“Pengampunan dalam kes jenayah sedia ada hanya boleh dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang dilantik kerajaan.

“Tetapi mengikut syariat Islam, pengampunan perlu melibatkan keluarga si mangsa. Kalau mati, ia melibatkan keluarga si mati yang menerima asabab atau pusaka iaitu tukar ganti rugi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.