Categories
NASIONAL

ABIM anjur protes senyap, solidariti bantah penindasan Rohingya

SHAH ALAM, 30 MEI: Kesedaran masyarakat penting dalam membela maruah dan nasib etnik Rohingya yang semakin tertindas, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan.

Amidi berkata, kebersamaan dan kesungguhan dalam menangani penindasan juga kekejaman terhadap etnik itu harus ditunjukkan pelbagi pihak tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan.

ro2“Kami menggesa semua pihak sama ada kerajaan, badan pemikir strategik, pertubuhan masyarakat sivil, organisasi media dan rakyat bersama menggerakkan kesedaran ini.

“Kita perlu mendukung semula kemuliaan dan maruah setiap manusia yang ditindas tanpa mengenal perbezaan warna kulit, agama serta lokaliti geografi individu itu,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada himpunan ‘Silent Protest For Rohingya: A Solidarity With Rohingya People’ anjuran Abim di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, perhimpunan aman itu adalah lambang solidariti kemanusiaan rakyat Malaysia untuk masyarakat Rohingya yang dinafikan hak mereka melalui pelbagai penindasan dan kekejaman.

ro3“Kami ingin mengajak semua pihak supaya bersama Abim untuk membantu mereka,” katanya.

Lebih 30 peserta berhimpun di hadapan Dataran Merdeka secara aman termasuk menggesa kerajaan membanteras aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini.

Kumpulan peserta kemudiannya berarak menuju ke Kompleks Beli Belah Sogo bagi meneruskan himpunan dan antara aktiviti yang dijalankan termasuk kutipan derma untuk etnik berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.