Categories
SELANGOR

Enam kumpulan tarekat haram di Selangor

SHAH ALAM, 28 MEI: Selangor mengharamkan enam kumpulan tarekat yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, kata muftinya, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Mohd Tamyes berkata, enam kumpulan tarekat yang diwartakan itu adalah Al-Hasaniah, Samaniah Ibrahim Bonjol, Islam Muhamad SAW Habibullah Al-Hashimi, Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Naqsyabandiah Kadirun Yahya serta Mufarridiah Ajaran Syeikh Makmun Yahya.

“Kebanyakan amalan tarekat yang diwartakan berunsur penyembahan atau pengagungan kepada guru mereka.

Mohd Tamyes“Ia bukan penyembahan secara langsung tetapi ahli tarekat terlalu mengagungkan guru mereka seakan sama taraf dengan tuhan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, Jabatan Mufti Selangor proaktif membanteras amalan tarekat yang menyeleweng melalui aduan yang diterima dan kemudiannya disiasat bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Katanya, Jawatankuasa Pengawalan Akidah akan meneliti setiap hasil siasatan sebelum kertas kerja lengkap dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor.

“Amalan tarekat akan diwartakan sebagai haram jika didapati menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.