Categories
SELANGOR

Festival Fesyen Orked Selangor ikitraf sentuhan pereka muda

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MEI: Festival Fesyen Orked Selangor (SOFF) 2015 dijangka akan menjadi acara tahunan dalam usaha menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai Kota Seni.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, pelaksanaan itu juga bagi mengangkat pereka fesyen tempatan untuk mempromosikan rekaan di Selangor.

“Di Shah Alam, kita lihat banyak butik terkenal atau yang sedang meningkat naik. Kerajaan Negeri melihat ia sebagai landasan mengangkat martabat pereka muda.

Pelancaran ORKED oleh YB Daroyah di SACC Shah Alam (3)“Program seumpama ini pertama kali dilaksanakan. Jadi, kita mahu usaha ini dilakukan secara berterusan,” katanya ketika merasmikan program terbabit di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Daroyah berkata, pihaknya berharap festival terbabit mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

“Kita juga menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam industri fesyen bagi membantu usahawan wanita menjana pendapatan dengan jaringan perniagaan yang disediakan,” katanya.

Sebanyak 60 gerai jualan menyertai festival yang berlangsung bermula 29 hingga 31 Mei ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.