Categories
SELANGOR

Festival Islam Selangor 2015 tampil kelainan, sarat mesej keagamaan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 MEI: Penduduk sekitar Selangor wajar mengunjungi Festival Islam Selangor 2015 kerana memberi manfaat dan informasi berguna berkenaan dunia Islam.

Wakil Takaful Ikhlas, Mohd Arifuddin Azmi berkata, festival berunsur Islam itu menjadi landasan terbaik kepada pelbagai pihak termasuk pengusaha tempatan mempromosi dan memasarkan produk mereka.

arifuddin“Ia berupaya mengumpulkan masyarakat setempat dan menyemarakkan semangat Islam.

“Aktiviti berkenaan Islam yang diadakan mampu memberi manfaat kepada semua,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Festival berkenaan dianjurkan Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2015 berlangsung di Stadium Melawati, di sini, sehingga hari ini.

Ia turut mempamerkan beberapa karya terbaik melalui pameran artifak bersejarah, fesyen, pesta makanan, pertandingan memanah, muzik dan seni bagi menyampaikan mesej Islam kepada penduduk setempat juga pengunjung.

Festival itu juga adalah tapak ideal untuk berkongsi berkenaan sejarah Islam kepada masyarakat berbilang kaum di negeri itu selain maklumat menarik juga terbaik mewakili pelbagai inovasi serta kemajuan berorentasikan agama berkenaan.

Sementara itu, Helmi Ramli dari Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd pula berkata, festival yang membuka peluang untuk pengusaha bumiputera memasarkan produk itu menampilkan kelainan dalam konsep keagamaan Islam kepada umum.

“Pengunjung boleh mendapat banyak maklumat berhubung dunia Islam melalui festival ini selain pelbagai produk jualan. Ia wajar diteruskan supaya masyarakat beroleh kebaikan,” katanya.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.