Categories
KENYATAAN MEDIA

Hari ke-2 MB di Osaka: Tingkat kerjasama pelaburan Daihatsu & Nippon

OSAKA 27 MEI: Lawatan hari kedua YAB Tuan Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor dan delegasi ke Ibu pejabat Daihatsu Motor Co. Ltd bertemu dengan pengurusan tertinggi Daihatsu di Osaka.

Perbincangan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kerajaan negeri dan pihak syarikat Daihatsu disamping menjemput syarikat Daihatsu untuk terus menambah pelaburan di Selangor.

MB  NIPPONEn. Hasan Azhari Hj. Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor turut membentangkan mengenai ‘Invest Selangor as an Investment Solution Centre’ kepada pengurusan tertinggi Daihatsu disamping memberi penerangan mengenai keistimewaan Selangor sebagai destinasi pelaburan di Malaysia.

Delegasi Selangor juga turut dibawa untuk melawat Humobility World iaitu muzium Daihatsu yang mempamerkan teknologi dan kenderaan-kenderaan yang dikeluarkan oleh mereka.

Lawatan kerja hari kedua diteruskan lagi ke syarikat pengeluar Glass Fiber terbesar yang turut berpengakalan di Selangor iaitu syarikat Nippon Electric Glass Co. Ltd. (NEG). Pertemuan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada syarikat NEG yang menambah pelaburan mereka pada tahun 2014.

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut mengalu-alukan syarikat NEG untuk terus menambah pelaburan di Selangor dan menjemput syarikat NEG untuk menubuhkan Pusat R&D di Selangor.

YAB Dato’ Meteri Besar Selangor turut menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada NEG Malaysia di Selangor.
Disediakan oleh: Invest Selangor Berhad

Leave a Reply

Your email address will not be published.