Categories
SELANGOR

Jaguh kampung intai peluang juarai Liga Perdana Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 MEI: Klang Gate Football Club (KGFC) bukan nama besar dalam arena sukan bola sepak tanah air walaupun bergiat aktif lebih sepuluh tahun lalu.

Namun, kelab kerdil itu memiliki kehebatan tersendiri dengan menyertai pelbagai kejohanan liga bola sepak dan berjaya menggilap bakat anak muda Lembah Klang.

Pegawai Pembangunan dan Perhubungan Awam KGFC, Megat Mohd Noor berkata, kejayaan terbesar dikecapi kelab itu apabila dapat melayakkan diri ke peringkat akhir Liga Perdana Selangor 2015.

IMG-20150526-WA0005“KGFC adalah pasukan pertama menempah tiket ke perlawanan akhir dalam Liga Perdana Selangor musim ini yang dijangka berlangsung, pada 12 Jun ini.

“Ramai yang tidak tahu berkenaan kelab ini tetapi kita banyak mencatat kemenangan sejak tahun 1997,” katanya kepada Selangor Kini.

Megat berkata, KGFC yang juga sinonim dengan jolokan jaguh kampung bermula dengan divisyen 3 pada 1997 dan diangkat sebagai juara ketika itu.

Katanya, rentak kelab itu semakin rancak apabila mula menyertai divisyen 2 dan 1, Liga Super Selangor, Liga Ambros dan beberapa kejohanan lain.

IMG-20150526-WA0002“Ada yang meragui kebolehan KGFC, tetapi jika mereka tidak percaya boleh rujuk Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk lihat prestasi kelab ini,” katanya.

Katanya, lebih membanggakan kebanyakan pemain KGFC berjaya melebarkan sayap ke pasukan besar lain seperti Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Terengganu.

Megat berkat,a setiap pemain yang menyertai kelab itu pernah menerima sentuhan jurulatih yang disegani di Selangor iaitu Mahmood Shariff.

“Kelab ini juga pernah menerima khidmat jurulatih pemain kebangsaan, Khalid Ali dan terkini di bawah pemantauan Ketua Pasukan Negeri Sembilan, Shaari Said.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.