Categories
SELANGOR

Kencing tikus: Laksana program penerangan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 MEI: Program penerangan virus kencing tikus wajar dilaksanakan di Selangor supaya timbul kesedaran dalam kalangan rakyat berkenaan bahaya penyakit itu.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, pengetahuan rakyat berhubung jangkitan virus itu akan bertambah dan mereka akan berwaspada bagi mengelak daripada dijangkiti melalui penerangan terbabit.

Datuk-Johan-Abd-Aziz“Saya menyokong kenyataan Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi supaya rakyat berjaga-jaga tetapi Kerajaan Negeri perlu melaksana program penerangan bagi menyedarkan rakyat.

“Dengan cara ini, rakyat akan faham jangkitan virus itu berbahaya seperti wabak denggi,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Terdahulu, Daroyah berkata, masyarakat perlu menjaga alam sekitar dan memastikan sampah diurus dengan baik bagi mengelakkan virus berkenaan kerana boleh membawa maut.

MPSJ TIKUS“Virus ini sama bahaya dengan demam denggi. Jika antibodi seseorang itu tidak kuat, ia boleh membawa maut.

“Namun, di Selangor kes kencing tikus tidak seteruk denggi dan masih boleh dikawal, ” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, pihaknya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang papan tanda khas terutama di kawasan peranginan dan perkelahan supaya pengunjung lebih berhati-hati.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.