Categories
NASIONAL

MB: Berjaya tembusi kubu kuat BN, harapan cerah PR lebar majoriti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 6 MEI: Pakatan Rakyat (PR) mempunyai harapan cerah melebarkan majoriti yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) ke-13 lalu apabila berjaya menyusup ke beberapa kampung yang sebelumnya kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu berikutan penerimaan positif yang diterima calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat kawasan terlibat.

“Sambutan pengundi Permatang Pauh sungguh positif apabila mereka menerima baik Kak Wan sebagai calon. Kak Wan adalah calon terbaik untuk Permatang Pauh.

_MG_5354“Penerimaan baik beberapa kampung yang menjadi kubu kuat BN memperlihatkan penduduk di Permatang Pauh semakin menerima kenyataan negara ini perlu dipimpin PR,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pilihan Selangor Legend menentang Pilihan Pulau Pinang Legend di padang bola sepak Mengkuang Semarak, di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, jentera PR juga perlu mengambil iktibar keputusan PRU-11 apabila PKR hanya mampu memperoleh majoriti 590 undi sahaja berbanding 9077 undi, pada PRU-10.

Katanya, sejak itu PKR konsisten mengekalkan majoriti melebihi 13,000 undi dalam dua PRU dan satu PRK.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.