Categories
SELANGOR

MB: DEIG pacu Selangor lebih maju

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 MEI: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) bagi melonjakkan Selangor ke arah lebih maju serta berpendapatan tinggi.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut membangunkan Agenda Makmur Selangor (Agenda) yang menyokong DEIG dengan memfokuskan lima aspek utama iaitu perumahan, pendidikan, infrastruktur, alam sekitar dan kesihatan.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu hasil rasionalisasi semula aset dan perubahan strategik perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“Sejak beberapa bulan lalu, MBI melaksanakan penstrukturan semula aset syarikat milik negeri dan menyelaraskan strategi perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai mampan.

“Nilai tinggi yang bakal diperoleh melalui proses rasonalisasi itu akan membangun Selangor sebagai ‘Social State’ seperti yang diungkap Thomas Picketty berkenaan negeri yang melaksanakan keadilan dan pengagihan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Agenda dan DEIG di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini.

Dibawah inisiatif itu, DEIG berfungsi sebagai peneraju pelaburan Selangor dan akan melaksanakan Agenda yang diselia Jawatankuasa Pelaburan Darul Ehsan (DEIC) selaku badan penyelia.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (4)DEIG mengharapkan pulangan pelaburan dari anak syarikat negeri melalui ekuiti dan pelaburan modal selain dijangka membuat pelaburan juga mengembangkan perniagaan untuk menyokong agenda Kerajaan Selangor bagi pembangunan sosial serta keadilan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Ekskutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman membuat pembentangan berhubung Agenda dan DEIG pada masjlis terbabit.

Setakat ini, aset di bawah anak syarikat negeri dianggarkan bernilai hampir RM30 bilion yang akan dikembangkan kepada beberrapa industri.

Antara industri terbabit adalah pembangunan hartanah, kuari dan perlombongan, infrastruktur, pengurusan sisa pepejal, pemilikan harta, komunikasi dan media serta pendidikan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.