Categories
SELANGOR

MB: NEG & Daihatsu dipelawa tingkat pelaburan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 MEI : Syarikat pengeluar gentian kaca terkemuka, Nippon Electric Glass Co. Ltd (NEG) dipelawa menambah pelaburan di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia berikutan NEG antara syarikat yang mempunyai pengkalan terbesar di Selangor.

MB  NIPPONBeliau turut menjemput syarikat itu menubuhkan pusat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Selangor.

“Kerajaan Negeri juga terus memberi sokongan padu kepada syarikat NEG Malaysia di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin bersama delegasi Selangor mengadakan lawatan kerja ke Osaka, Jepun bagi menggalakkan pelaburan di negara matahari terbit itu.

Dalam lawatan itu, beliau turut berkunjung ke ibu pejabat Daihatsu Motor Co. Ltd untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat automotif itu.

Ia bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri dan syarikat Daihatsu di samping menjemput mereka untuk terus menambah pelaburan di Selangor.

Dalam lawatan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris turut membentangkan kertas kerja ‘Invest Selangor as an Investment Solution Centre’ kepada pengurusan tertinggi Daihatsu.

Delegasi berkenaan turut dibawa melawat Humobility World iaitu muzium Daihatsu yang mempamerkan teknologi dan kenderaan dikeluarkan mereka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.