Categories
NASIONAL

Nik Nazmi: Kerajaan Persekutuan jejas seluruh politik negara

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Pemimpin kini gagal menunjukkan sikap kepimpinan untuk menerajui negara, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, rakyat kini cukup khuatir dan gusar melihat pelbagai masalah timbul disebabkan ketidakstabilan kepimpinan Kerajaan Persekutuan.

“Berbanding sewaktu PRU-13, rakyat mengharapkan perubahan Kerajaan Persekutuan dengan mengamalkan sikap optimis, tetapi kemelut yang timbul semakin membimbangkan.

niknazmi“Antara isu besar yang menyebabkan kepercayaan rakyat berkurang adalah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan isu 1MDB,” katanya ketika Siri Dialog Institut Darul Ehsan: PRK Permatang Pauh (P044) & Masa Depan Politik Malaysia, di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, pemimpin seharusnya mengambil tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana ia melibatkan rakyat.

“Pemimpin perlu ada sifat tanggungjawab dalam segala tindak tanduk supaya rakyat tidak rasa amanah yang diberi untuk memimpin dikhianati.

“Secara tidak langsung, isu yang melanda bukan sahaja menjejaskan Kerajaan Persekutuan tetapi keseluruhan politik negara turut terjejas.

“Tetapi, kemenangan di Permatang Pauh adalah satu perkembangan positif dan dpeluang membuktikan kepimpinan PR semakin diakui,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.