Categories
SELANGOR

Permohonan bazar ramadan Jalan Taiping dibuka semula hingga 5 Jun

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuka semula tawaran bagi permohonan Bazar Ramadan di Jalan Taiping sehingga 5 Jun ini.

Ketua Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz berkata, proses permohonan tapak terpilih akan diadakan menerusi proses bidaan yang akan bermula pada harga RM3,500.

bazar ramadan“Bayaran perlu dilakukan melalui cek atau bank draf. Ia terbuka kepada semua warga Klang yang berminat.

“Tapak bazar Jalan Taiping adalah lokasi menjual barang kering selain darmakanan dan minuman.

“Ia meliputi Jalan Taiping, Jalan Taman, Jalan Nangka, Jalan Raja Hassan, sepanjang Jalan Melayu (bersebelahan Shaw Centrepoint sehingga tempat letak motosikal) dan laluan pejalan kaki antara Jambatan Kota ke belakang Plaza MPK,” katanya dalam kenyataan media.

Pemohon yang berminat perlu menyediakan lesen perniagaan, penjaja atau permit pasar malam yang sah, salinan kad pengenalan, dua keping gambar dan salinan muka depan buku bank.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.