Categories
SELANGOR

Pusingan ‘U’ elak kesesakan di Persiaran Kewajipan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 7 MEI: Pembinaan pusingan ‘U’ berhampiran kawasan USJ dan SS14 dijangka mampu mengurangkan kesesakan trafik antara 20 hingga 30 peratus di Persiaran Kewajipan, di sini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, laluan itu siap dibina pada 7 April lalu dan diuji selama dua minggu sebelum dibuka kepada pengguna jalan raya.

u-turn 2Katanya, ia dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dengan kos RM264,210.

“Waktu pagi pengguna yang datang dari USJ atau SS14 akan berhadapan kesesakan di Persiaran Kewajipan untuk ke Bandar Sunway, tetapi dengan adanya pusingan u, ia boleh dikurangkan.

“Pusingan u ini juga memudahkan laluan bagi mereka yang ingin memasuki Lebuhraya Kesas,” katanya pada sidang media pelancaran pusingan u, di sini, hari ini.

Hannah berkata, pusingan u hanya boleh digunakan untuk kenderaan ringan, manakala kenderaan berat seperti bas dan lori adalah dilarang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.