Categories
SELANGOR

RMK-11: JAIS bangun projek pembangunan RM2 bilion

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LANGAT, 22 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menjalankan projek pembangunan bernilai lebih RM2 bilion dalam jangkamasa lima tahun.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, projek terbabit akan dijalankan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Beliau berkata, antara projek terbabit adalah pembinaan masjid, sekolah agama, surau dan institusi berkaitan jabatan itu.

jais kuala langat 1“Sebenarnya, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat sendiri dah ada peruntukan pembangunan kira-kira RM21 juta dalam RMK-10 dan ia kini dalam fasa awal.

“Pembangunan ini akan berterusan dan dalam RMK-11 juga terdapat perancangan pembangunan masjid di Saujana Putra, Sekolah Agama Rakyat serta memperkasa Maahad Tahfiz Integrasi Istana Bandar juga Sekolah Menengah Agama Intergrasi di Bagan Lalang.

“Ada yang masih dalam kajian, tetapi dianggarkan RM2 bilion dalam RMK-13 tetapi bergantung kepada permintaan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, di sini, hari ini.

Katanya, permintaan itu dijangka meningkat atas faktor peningkatan keperluan antaranya disebabkan pertambahan penduduk.

Lawatan Dr Ahmad Yunus ke Pejabat Agama Daerah Kuala Langat adalah sebahagian daripada Program Karnival Kampungku Kesayanganku peringkat Daerah Kuala Langat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.