Categories
SELANGOR

Selangor Food Mega Festival saji lebih 50 masakan eksotik & urban

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 30 MEI: Lebih 50 menu masakan tradisional, eksotik dan urban disajikan pada Selangor Food Mega Festival 2015 (SFMF) yang membuka tirainya hari ini membabitkan penyertaan 130 pengusaha makanan.

Exco Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, festival yang berlangsung selama dua hari itu mampu merangsang sektor ekonomi dan pelancongan negeri selain landasan bagi penggemar makanan mencuba pelbagai jenis hidangan.

“Ia bukan sahaja program keusahawanan makanan tetapi turut menggabungkan aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan.

Amirudin1“Festival ini juga membuka ruang kepada peserta program Hijrah mempromosikan produk jualan dengan sasaran 35,000 pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan festival itu yang turut di hadiri Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Terdahulu, Amirudin turut mengambil bahagian dalam demonstrasi masakan bersama Chef Selebriti, Karl Shafek menyediakan masakan ayam merah.

SFMF turut menampilkan masakan urban seperti burger bakar, rusuk lembu bakar dan pisang cheese selain sate Kajang, cendol Klang, rojak, serta nasi ambeng iaitu makanan tradisi rakyat Selangor.

Nasi AmbengBeberapa pengusaha makanan berkonsepkan ‘food truck’ turut mengambil bahagian antaranya Big Hug Burger dan Coffee Cab.

Berkonsepkan santai dan hijau, pengunjung boleh menjamu selera di ruang makan khas di tengah padang dengan kemudahan kerusi dan meja diperbuat daripada kayu pallet selain dihiburkan dengan persembahan khas artis tempatan serta demontrasi masakan oleh chef selebriti.

“Penganjuran ini juga bertujuan menghidupkan Shah Alam, di samping merealisasikan bandaraya ini sebagai kota seni selain inisiatif merancakkan lagi kalendar pelancongan sempena Tahun Melaawat Selangor 2015,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.