Categories
NASIONAL

Tun Razak Exchange: Kerajaan Pusat perlu sahkan pembabitan KWAP

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: PKR mahu Kerajaan Pusat mengesahkan pembabitan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau menerima maklumat Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu taklimat kepada kabinet menunjukkan surat perjanjian jual beli dan sewa semula tanah itu.

1MDB“Kita mahu Husni mendedahkan isi kandungan surat itu memandangkan pihak yang terlibat menandatanganinya terikat secara undang-undang kepada perjanjian,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi berkata, perjanjian begitu biasanya ditandatangani sebagai perjanjian awal sewaktu pihak yang terbabit terus merundingkan syarat perjanjian dengan lebih teliti.

“Jadi, apakah benar ini kertas taklimat 1MDB kepada Jemaah Menteri? Dengan mengambil kira kertas taklimat ini, ia sudah mengesahkan satu perjanjian jual beli dan sewa semula (“Head of terms for sale and leaseback”) ditandatangani.

“Dan apakah terma perjanjian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

yb rafizi parlimenBeliau berkata, pelaburan terbabit berisiko tinggi kerana pembelian tanah TRX oleh KWAP melibatkan pembayaran kepada 1MDB dengan pulangannya hanya diperoleh jika projek itu lengkap.

“Jika pembangunan ini disiapkan, belum tentu 1MDB berjaya mendapatkan sewaan penuh bagi bangunan miliknya itu,” katanya.

Semalam, Kerajaan Pusat mengesahkan KWAP mempunyai sejumlah RM1.4 bilion pelaburan dalam syarikat 1MDB melalui anak-anak syarikatnya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah itu adalah pelaburan KWAP dalam anak-anak syarikat 1MDB seperti Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited, dan Jimah Energy Ventures Bhd, setakat lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.