Categories
SELANGOR

Wujud pusat bantuan segera di masjid, bantu golongan ‘terdesak’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LANGAT, 22 MEI: Masjid di Selangor digalak mewujudkan mekanisme bagi membolehkan bantuan ekspres disalur kepada ahli kariah yang memerlukan bantuan segera.

Bantuan segera membolehkan golongan terdesak berkenaan membeli keperluan asas antaranya susu bayi, beras, tepung, gas dan minyak masak untuk tempoh tertentu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, terdapat individu enggan ke agensi yang menawarkan bantuan berkenaan.

masjid_aleadin_jugra_01Katanya, keadaan itu disebabkan faktor jarak, kos, pelbagai prosedur dan syarat yang tidak dapat dipenuhi golongan terbabit.

“Kalau kita buka tabung masjid untuk keperluan masyarakat juga tak jadi masalah walaupun diwujudkan untuk pembangunan dan program masjid.

“Cuma, dari segi ‘genuinity’ perlu diambil kira supaya tidak ada yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan itu.

“Lebih bagus jika masjid mampu menjadi pusat untuk golongan yang memerlukan mendapat sumbangan keperluan harian bukan sekadar tempat beribadah,” katanya, di sini Pejabat Agama Islam, di sini, hari ini.

jais kuala langat 3Dr Ahmad Yunus berkata, jawatankuasa masjid yang mengenali ahli kariah masing-masing akan memudahkan mekanisme bantuan ekspres itu dilaksanakan.

Katanya, Lembaga Zakat Selangor juga boleh bekerjasama bagi menjadikan masjid sebagai pusat bantuan segera.

Sebelum ini, wujud dakwaan bantuan agensi kebajikan mempunyai prosedur ketat dan prosesnya memakan masa panjang sebelum diluluskan.

Keadaan itu menyebabkan sesetengah pihak tidak berfikir panjang dan melakukan kegiatan jenayah kecil-kecilan demi memenuhi keperluan sara hidup keluarga.

Antara kes yang dilaporkan adalah seorang suami dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kerana mencuri wang tabung masjid RM2.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.