Categories
SELANGOR

Adun: Buat program dulu, baru jemput Nazri

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 18 JUN: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menggesa  kepimpinan Umno Bahagian Sungai Besar melaksanakan program pelancongan dan menjemput Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk hadir.

Beliau berkata demikian sebagai megulas kenyataan Umno bahagian terbabit yang mempertikai kehadiran Nazri ke Sekinchan, pada 16 Jun lalu.

Tourism bersama Dato nazri dan YB Ng Suee Lim melawat sekitar Sekinchan (9)“Umno Bahagian Sungai Besar juga boleh menjemput menteri hadir ke kawasan mereka dengan syarat buat program dan produk pelancongan.

“Kita bersaing secara sihat dalam membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat setempat melalui aktiviti pelancongan,” katanya.

Suee Lim berkata, Umno bahagian berkenaan juga seharusnya tidak mempolitikkan lawantan kerja Nazri itu.

Katanya, perkembangan itu sewajarnya dilihat sebagai perkembangan positif dalam berpolitik selain membantu meningkatkan ekonomi penduduk melalui produk pelancongan.

Tourism bersama Dato nazri dan YB Ng Suee Lim melawat sekitar Sekinchan (1)“Perlu fikir di luar kotak dalam konteks membangunkan negara walaupun kita berada dalam parti yang berbeza.

“Berpolitik biar pada tempatnya, bukan semua perkara perlu jadikan isu, sebaliknya fokus bekerja untuk memenuhi aspirasi rakyat.

“Saya yakin, Nazri mengambil sikap terbuka dan profesional dalam menjalankan tugas kerana itu adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) beliau,” katanya kepada Selangor Kini.

Umno bahagian itu juga menyifatkan tindakan Nazri memberi kemenangan moral kepada parti politik lawan.

 

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.