Categories
SELANGOR

Exco: Beri peluang bakat baharu badminton

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 JUN: Penyertaan pemain junior dan bakat baharu dalam kejohanan Yonex-FKK International Cup mampu memberi kesan lebih baik dan memeriahkan lagi acara itu.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata pihaknya bakal berbincang dengan penganjur untuk membuka ruang kepada bakat baharu selain pemain senior yang sudah mencipta nama di peringkat antarabangsa.

mark short yb amir“Ia bagi memberi peluang kepada pemain mempamerkan bakat bersaing dengan lagenda seperti Foo Kok Keong,” katanya kepada Selangor Kini selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan, di sini.

Amirudin berkata, kejohanan itu memberi kesan baik dalam pembangunan sukan badminton di Selangor dengan kehadiran ramai jaguh dunia.

Katanya, penyertaan pemain ternama dunia akan lebih bermakna dengan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama bakat baharu.

“Kita akan melihat perkara ini dan pembabitan mereka tidak sekadar menyertai kejohanan tetapi mungkin ada sesi bersama pemain junior,” katanya.

IMG_3360Kejohanan Yones-FKK International Cup 2015 yang mengambil nama bekas pemain Selangor dan Malaysia, Foo Kok Keong itu menyaksikan penyertaan ramai bekas pemain terkenal dunia dalam dan luar negara.

Selain Malaysia, ia menarik minat pasukan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Australia untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan sejak empat tahun lalu.

Kejohanan kali ini menyaksikan Musica Flypower dari Indonesia muncul juara diikuti naib juara, Shah Alam A (Malaysia) dan pemenang tempat ketiga, Swan Lun Rummit (Thailand).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.