Categories
SELANGOR

Gaya hidup mewah punca cerai pasangan muda

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JUN: Gagal merancang kewangan berkesan dilihat antara punca utama berlaku perceraian terutama dalam kalangan pasangan muda.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata sehubungan itu pasangan suami isteri dinasihat mengamal pengurusan kewangan berhemah bagi mengelak bebanan kepada mereka.

“Dalam statistik JAIS, antara punca perceraian atau porak peranda adalah kerana ekonomi. Ramai mengadu berkenaan suami gagal atau tidak mampu menunaikan nafkah.

cerai“Ia selalu berlaku dalam kalangan pasangan muda yang mengamalkan gaya hidup mewah,” katanya selepas majlis perasmian Seminar Pembangunan Keluarga, Sosial dam Komuniti Peringkat Selangor 2015, di sini, hari ini.

Katanya, permasalahan lain adalah berkenaan soal fahaman dan akidah namun ia kecil berbanding ekonomi.

“Kita juga menasihatkan pasangan yang ingin berkahwin supaya mengelak menggunakan khidmat ah long. Pinjaman dengan ah long memang mendatang beban,” katanya.

pengarah jais aBeliau berkata, antara pendekatan diambil JAIS bagi mengatasi masalah pasangan pengantin baharu yang tidak mampu menganjurkan majlis perkahwinan adalah mengadakannya secara beramai-ramai.

Katanya, majlis itu didapati berjaya seperti program ‘Destinasi Cinta’ dianjurkan Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, baru-baru ini.

“Saya meminta Bahagian Undang-Undang Keluarga (UUK) JAIS memberi perhatian serius terutama kepada pasangan baharu.

“UUK juga diminta menerapkan silibus baharu dalam kursus perkahwinan untuk membantu membentuk keluarga bahagia,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.