Categories
NASIONAL

Kelantan puji pembangunan institusi agama Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

KOTA BHARU, 17 JUN: Kejayaan Selangor menghidupkan institusi masjid dan surau di negeri itu adalah perkembangan positif, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, kejayaan itu mampu diraih dalam tempoh singkat sejak negeri terkaya itu ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan), pada 2008.

“Selangor lebih ke hadapan dalam penghayatan dan pengisian institusi masjid dan surau. Ini satu perkembangan yang sungguh hebat dalam jangka masa yang singkat.

DSC_7522“Lebih teruja, Kelantan melihat kejayaan Selangor ini mendapat sambutan yang amat positif dalam kalangan rakyatnya.

“Kejayaan Selangor yang ditadbir menteri besar daripada PKR ini wajar diteladani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Delegasi Selangor ke Kelantan di Hotel Perdana, di sini, semalam.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bersama 45 delegasi Selangor turun ke Kelantan bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir ‘Rumah Desa Darul Ehsan’ di Manik Urai, hari ini.

DSC_7434Kerajaan Selangor membina 60 unit rumah pasang siap dengan kos hampir RM6 juta bagi membantu rakyat yang kehilangan tempat berteduh akibat bencana banjir di Kelantan, pada Disember lalu.

Sehubungan itu, A,ar berkata, pembangunan yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memberi makna yang cukup besar kepada rakyat Kelantan.

“Kesediaan Selangor membantu sejak banjir berlaku sehingga hari ini dan membina rumah kepada mangsa amat dihargai. Pertolongan Selangor ini akan Kelantan ingat selamanya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.