Categories
SELANGOR

MB: Masalah trafik Damansara Damai dalam perhatian

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 14 JUN: Keluhan penduduk Damansara Damai yang dibelenggu masalah kesesakan lalu lintas dalam perhatian Kerajaan Negeri untuk tindakan susulan, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, keperluan membina segera laluan kedua sebagai penguraian trafik di kawasan itu menuntut sedikit masa untuk diproses di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi berkaitan.

MB Azmin“Memang di situ mengalami masalah kesesakan yang teruk dan kita ada keperluan untuk mencari penguraian trafik berkesan. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk dengar dan bantu.

“Kalau ada keperluan untuk bina jalan kedua atau tambahan, kita sedia mendengar maklum balas seterusnya diteliti kerana ia melibatkan peruntukkan dan kerja teknikal dari JKR dan agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Semarak Ramadan Negeri Selangor 2015, di Dataran Kemerdekaan, di sini, malam tadi.

Semalam, lebih 200 penduduk Damansara Damai berhimpun secara aman di hadapan simpang masuk ke Pangsapuri Saujana, menuntut Mohamed Azmin menunaikan janji membina laluan kedua sebagai penyelesaian masalah trafik yang dibelenggu mereka sejak 2006.

imagePerhimpunan itu juga bertujuan mendesak Mohamed Azmin campur tangan dan menyegerakan pembinaan laluan kedua seperti yang pernah dijanjikan beliau di Masjid Damansara Damai, pada Mac lalu.

“Jangan melihat kesediaan saya untuk melunaskan janji pada kadar segera kerana ia perlu diteliti dari JKR dan agensi berkaitan khususnya kos, bahkan ini proses biasa.

“Yang penting, kita sentiasa dengar keperluan dan keluhan rakyat sebelum pelaksanaan pembangunan dijalankan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.